PSG belum cukup sempurna - Messi - Utusan Malaysia

PSG belum cukup sempurna – Messi

KOMBINASI Neymar (kiri), Kylian Mbappe (tengah) dan Lionel Messi tidak akan mewarnai Ligue 1 musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertembungan kedua peringkat kumpulan A Liga Juara-Juara (UCL) antara Manchester City dan Paris Saint-Germain (PSG) bakal mencuri tumpuan apabila turun beraksi di Etihad, awal pagi ini.

Sudah tentu, Pep Guardiola tidak rela menanggung kekalahan kali kedua, selepas anak buahnya tewas 0-2 di Parc des Princes pada 29 September lalu.

Juara Ligue 1 itu, bakal diperkuatkan dengan kehadiran Sergio Ramos dan Mauricio Pochettino gembira dapat menggunakan khidmat pertahanan berpengalaman tersebut bagi memastikan barisan pertahanan mempamerkan aksi terbaik. 

PSG mampu mengesahkan kedudukan teratas kumpulan jika melakar kemenangan di London namun PSG terpaksa melupakan khidmat Kylian Mbappe yang tidak menyertai latihan bersama pasukan, semalam.

Dalam pada itu, Lionel Messi menggalas misi untuk menjulang trofi UCL musim ini memandangkan pasukan itu memiliki barisan pemain terbaik dunia termasuk Neymar dan Kylian Mbappe.

Bagaimanapun, kapten Argentina itu mengakui mereka antara pilihan untuk mengungguli pentas Eropah tetapi dia berasakan PSG masih perlu bekerja keras untuk mencapai tahap yang diperlukan.

“Semua orang mengatakan kami adalah pasukan pilihan dan saya tidak mahu menafikannya kerana ia bersandarkan nama (besar) kami, tetapi kami masih perlu berusaha untuk menjadi sebuah pasukan yang benar-benar ampuh,” jelasnya.

Pertembungan pertama berdepan City di Paris, menyaksikan Messi turut mencipta nama sebagai penjaring bersama Idrissa Gueye. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya