Projek perumahan didakwa punca banjir kilat - Cheng Guan

Projek perumahan didakwa punca banjir kilat

HUAN Cheng Guan (dua daripada kanan) meninjau satu lot tanah tanaman yang didakwa sering dilanda banjir kilat akibat pembangunan projek perumahan di Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini. - FB CHENG GUAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pembangunan satu projek perumahan di dalam salah satu kawasan Alor Gajah didakwa menjadi punca berlakunya banjir kilat ketika hujan lebat sekali gus merosakkan hasil tanaman penduduk berhampiran.

Menurut Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, beliau menerima aduan daripada penduduk yang memaklumkan kesan projek kepada hasil tanaman orang kampung di bandar berkenaan.

Banjir yang didakwa berlaku akibat projek perumahan di salah satu kawasan Alor Gajah, Melaka. – FB CHENG GUAN

Beliau kemudian mempersoalkan bagaimana projek perumahan itu boleh diluluskan berhampiran tanah tanaman penduduk sekali gus memberi impak banjir yang sering berlaku apabila setiap kali hujan lebat.

“Justeru saya minta Majlis Perbandaran Alor Gajah untuk membuat tindakan segera terhadap kesan dan pelaksanaan projek berkenaan. Malah saya juga berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana projek ini diluluskan.

“Di situ terdapat lot-lot tanah bagi tanaman penduduk. Jadi macam mana projek ini boleh diluluskan sedangkan ia boleh menyebabkan banjir banjir teruk di lot-lot bersebelahan,” katanya menerusi hantaran Facebook beliau.

Terdahulu, Cheng Guan memberitahu beliau terus melakukan tinjauan sebaik sahaja menerima laporan berhubung kesan projek perumahan itu daripada penduduk berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya