PRN Sarawak : GPS dijangka berdepan tiga gabungan parti selain PSB - Utusan Malaysia

PRN Sarawak : GPS dijangka berdepan tiga gabungan parti selain PSB

PETER MINOS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) akan berdepan tiga gabungan parti lain dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan datang dan bukan  Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan parti Gabungan Anak Sarawak (Gasak).

Gasak adakah sebuah perikatan terdiri daripada parti-parti lokal (Sarawak), iaitu Parti Aspirasi Sarawak (Aspirasi) dan Parti Pekerja Sarawak (SWP), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), pemimpin-pemimpin Sarawak for Sarawakians (S4S) dan Sarawak Independence Alliance (SIA).

Sementara itu, sumber berkata hari penamaan calon bagi PRN Sarawak ialah pada 6 Disember, pengundian awal 14 Disember dan hari pengundian umum pada 16 Disember depan.

Bagaimanapun menerusi satu kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), satu sidang media akan diadakah selepas mesyuarat khas urusan PRN-12 Sarawak diadakan pada (24 November ini di Hotel Hilton di sini.

Dengan tempoh lebih kurang seminggu sebelum hari penamaan calon, parti-parti politik dalam empat gabungan berkenaan kini rancak melobi kerusi-kerusi yang mereka berniat untuk meletakkan calon masing-masing.

PBB dikatakan berminat untuk meletakkan calonnya di kerusi yang sebelum ini merupakan kerusi SUPP, iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar, Mambong dan Bawang Assan, tindakan yang mengusarkan pemimpin SUPP yang dipenngerusikan oleh Datuk Seri Sim Kui Hian.

Penganalisis politik Datuk Peter Minos, bagaimanapun berkata, pembahagian kerusi antara anggota GPS bukan masalah besar, sebaliknya pembahagian kerusi akan menjadi masalah bagi gabungan lain.

Parti Sarawak Bersatu (PSB), sebuah parti baharu yang diketuai bekas anggota kabinet Sarawak dan juga bekas pemimpin kanan SUPP sudah awal-awal menyatakan hasrat partinya bertanding di kesemua 82 kerusi DUN Sarawak hingga presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan beliau ke Sarawak baru-baru ini berkata pihaknya masih berunding dengan PSB.

Pemimpin-pemimpin PSB sudah berulang kali menyatakan ia tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti dari Semenanjung dalam PRN kali ini, kenyataan yang menyebabkab DAP dan PKR tidak senang hati.

“Keadaan ini akhirnya akan menyaksikan parti-parti pembangkang meletakkan calon masing-masing untuk bertanding di beberapa kerusi yang sama,” kata Minos.

Sementara itu, Minos berpendapat kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka tidak akan mempengaruhi pendirian GPS untuk kembali ke pangkuan BN, tindakan untuk kebaikan Sarawak dan rakyatnya serta masa depan Sarawak.

“Pemimpin Sarawak dan rakyat sudah belajar daripada pengalaman lalu apabila ketika dalam gabungan BN, pemimpin dan rakyat Sarawak terlalu dikawal oleh BN dan kerajaan persekutuan menyebabkan rakyat Sarawak tidak mahu perkara yang sama berulang.

“Pemimpin GPS sudah berulang kali menyatakan tiada Umno dan tiada Bersatu di Sarawak.

“GPS hanya bersahabat dengan kerajaan Persekutuan dan bukan dikawal oleh pemimpin di Putrajaya,” katanya.

Beliau menambah bahawa kerajaan GPS mahu kebebasan bersuara dan mentadbir negeri Sarawak, malah pemimpin-pemiminnya meminta supaya rakyat Sarawak sekali lagi memberi mandat baharu untuk GPS menubuhkan kerajaan.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang merupakan naib presiden kanan PBB menegaskan bahawa rakyat perlu memberi mandat baharu dengan majoriti kemenangan yang besar bagi membolehkan segala perancangan untuk membangunkan Sarawak menjadi sebuah negeri maju menjelang tahun 2030 tercapai.

Beliau berkata, majoriti yang besar itu juga penting supaya kerajaab GPS dapat terus menuntut hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Namun, beliau menyatakan keyakinan GPS akan beroleh kemenangan besar pada PRN akan datang.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya