PRN Melaka: Peratusan keluar 36 peratus setakat 12 tengah hari - Utusan Malaysia

PRN Melaka: Peratusan keluar 36 peratus setakat 12 tengah hari

PETUGAS pusat mengundi PRN Melaka membantu seorang warga emas ke kaunter pendaftaran di SK Durian Daun, Lendu, Melaka hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, peratusan keluar mengundi setakat pukul 12 tengah hari ini adalah 36 peratus.

SPR menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Tinjauan Utusan Malaysia di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram di Masjid Tanah dekat sini mendapati, rata-rata yang keluar awal terdiri daripada golongan warga emas.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di negeri ini mengalami hujan lebat berserta ribut petir pada petang.

Menerusi ciapan jabatan itu di laman sosial Twitter, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di kawasan Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya