PRN Melaka: Bomba sedia hadapi sebarang kemungkinan - Utusan Malaysia

PRN Melaka: Bomba sedia hadapi sebarang kemungkinan

JBPM Melaka menyediakan sebanyak 10 pasukan pemantau melaksanakan pemantauan dua kali sehari di 124 lokasi berpotensi banjir seluruh Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 463 kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dalam keadaan bersedia untuk digerakkan sekiranya berlaku sebarang insiden tidak diingini pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok. 

Pengarahnya, Abu Bakar Katain berkata, pihaknya telah maklum mengenai kawasan-kawasan ‘panas’ dan pasukan bantuan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk dikejarkan ke lokasi tersebut. 

Jelasnya, pasukan itu bagaimanapun tidak ditempatkan terus di lokasi bagi mengelakkan spekulasi atau mencetuskan rasa bimbang dalam kalangan rakyat yang keluar mengundi. 

“Pasukan bomba sentiasa dalam mod bersedia untuk bertindak bagi sebarang panggilan kecemasan.

“Kita juga telah dimaklumkan mengenai kawasan-kawasan panas dan anggota akan sentiasa peka dengan perkembangan situasi khususnya di pusat daerah mengundi (PDM),” katanya.

Mengulas lanjut mengenai ramalan cuaca yang dijangka hujan esok, beliau berkata, sebanyak 10 pasukan pemantau masih melaksanakan pemantauan dua kali sehari di 124 lokasi berpotensi banjir seluruh negeri ini. 

“Antara lokasi fokus adalah di kawasan sekitar Sungai Asahan, Sungai Ayer Panas, Empangan Gadek, Sungai Pengkalan dan Sungai Putat. 

“Semua aset termasuk bot juga dalam keadaan baik untuk digerakkan ke lokasi bencana,” ujarnya.

Ujarnya lagi, bagi memastikan kelancaran hari pengundian PRN esok, kesemua 90 peratus daripada jumlah keseluruhan 515 kakitangan JBPM negeri berada dalam penugasan dan hanya 10 peratus diluluskan permohonan untuk bercuti.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya