PRN Melaka: Polis Melaka dapat bantuan Bukit Aman

PRN Melaka: Polis Melaka dapat bantuan Bukit Aman

ABDUL MAJID MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi melampau sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok. 

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kontinjen negeri turut menerima bantuan kekuatan dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memastikan kelancaran proses pengundian berkenaan.

“Polis memberi amaran serta peringatan kepada mana-mana pihak untuk tidak mencetuskan provokasi sepanjang proses pengundian berlangsung. 

“Pengawalan pasukan kami juga diperkukuhkan dengan bantuan daripada ibu pejabat yang telah diatur gerak kerjanya bagi menghadapi segala kemungkinan ancaman keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini. 

Mengulas lanjut, beliau turut meminta seluruh rakyat negeri ini memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan.

Jelasnya, setakat ini sejumlah 280 pasukan pematuhan penguatkuasaan undang-undang masih dikekalkan. 

“Semasa hari pengundian nanti, pasukan kita akan menggunakan pendekatan menasihati dahulu mana-mana pihak yang dikesan melanggar SOP sebelum tindakan kompaun dikenakan.

“Pasukan pematuhan kita juga telah terbukti berkesan dan setakat ini jumlah pasukan berkenaan iaitu sebanyak 280 unit dikekalkan seperti yang diumumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim,” jelasnya. 

Ujarnya lagi, bagi memastikan proses pengundian itu lancar, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalankan latihan Op Pallot 2 yang membabitkan seramai 1,250 anggota.

“Bermula pukul 7 pagi tadi, pasukan Op Pallot 2 telah mengadakan dry-run membawa peti undi ke semua pusat daerah mengundi (PDM). Latihan itu membabitkan bantuan anggota luar seramai 1,250 orang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya