PKPD di Kg. Ruai ditamatkan - Utusan Malaysia

PKPD di Kg. Ruai ditamatkan

MASYARAKAT Orang Asli di Kampung Ruai pernah dikenakan PKPD kali pertama pada akhir Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas 28 hari, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan penduduk Kampung Ruai di Pahang akhirnya berakhir esok seperti yang ditetapkan.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad, penamatan berkenaan hasil penelitian situasi semasa kes Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan.

Perkampungan dibahagikan kepada Kampung Ruai Hulu dan Hilir itu terletak dalam Mukim Batu Talam, Daerah Raub dengan dihuni lebih 500 orang suku kaum Semai.

Lokaliti itu pernah dikenakan PKPD pada 22 Julai sebelum ditamatkan lebih awal daripada jadual pada 2 Ogos lalu, namun sekali lagi dikenakan sekatan itu pada 22 Oktober lepas.

Kali terakhir wabak Covid-19 direkodkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang ialah pada 5 November lalu dengan mencatatkan hanya dua kes positif di Kampung Ruai Hilir.

Rodzi turut memaklumkan bahawa tiada lokaliti baharu di negara ini yang bakal dikenakan PKPD selain tidak ada kawasan sedia ada dilanjutkan sekatan secara bersasar tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya