BUTTERWORTH: Saksi kejadian pesawat Hawk 108 yang terhempas di kawasan Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Adi sini mendakwa mendengar dua letupan kuat sebelum melihat api marak di atas landasan. Seorang peniaga kedai makan di Kampung Benggali, Sungai Puyu di sini, Mastura Mohammad Nordin, 44, berkata, dia mendengar deruan pesawat yang lebih kuat berbanding kebiasaan kerana kedainya terletak berdekatan pangkalan udara itu. “Saya sudah terbiasa mendengar bunyi enjin pesawat kerana berniaga berdekatan pangkalan udara itu. Tetapi sebelum kejadian, saya dengar bunyi yang agak berbeza berbanding kebiasaan ketika pesawat masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya