PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan sedikit jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 54 kes berbanding kelmarin, 47 kes.
Rekod terbabit adalah setakat pukul 11 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 29,256 kes.
Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 12 daripada 54 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,919 kes.
Sebanyak 544 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berbanding sehari sebelumnya, 549 orang, manakala pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) menunjukkan penurunan dari 282 orang ke 280 orang.
Pesakit yang perlu ditempatkan di wad pula, terdapat sedikit peningkatan dari 1,033 orang menjadi 1,104 orang.
Utusan Online semalam melaporkan Malaysia sekali lagi merekodkan hanya tiga kluster Covid-19, hari ini, untuk dua hari berturut-turut sekali gus menjadi antara rekod terendah selepas dua kluster direkodkan pada 23 Oktober lalu.
Selain itu, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 4,701 kes berbanding kelmarin, 4,922 kes sekali gus di atasi 5,382 kes sembuh, manakala sebanyak 544 kes ICU dan 280 kes memerlukan ABP.