Pertimbang 'punca kes Covid-19 naik, janji populis' sebelum mengundi - Utusan Malaysia

Pertimbang ‘punca kes Covid-19 naik, janji populis’ sebelum mengundi

WAN Saiful Wan Jan (dua dari kanan) menunjukkan isyarat bagus dalam sidang akhbar PN di Pejabat Bersatu Hang Tuan Jaya di Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Siapa penyebab berlakunya kenaikan kes Covid-19 dan janji populis antara faktor yang perlu dipertimbangkan rakyat negeri ini sebelum mengundi pada 20 November ini.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terpaksa diadakan kerana pertelagahan dalaman parti politik yang menyebabkan keruntuhan kerajaan negeri.

Jelasnya, PN sejak awal konsisten menentang sebarang pilihan raya dilaksanakan memandangkan pandemik Covid-19 masih belum pulih.

“Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital di negeri ini meningkat sehingga 57 peratus dan perkara ini amat membimbangkan. Pihak yang mencetuskan PRN perlu dipertanggungjawabkan.

“Justeru, pengundi harus mengambil kira perkara ini dan zahirkan kemarahan mereka dengan mengundi parti yang tiada kaitan dengan penyebab berlakunya PRN dan kenaikan kes Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar PN di Pejabat Bersatu Hang tuah Jaya di sini hari ini.

Lonjakan kes positif itu menyebabkan jumlah penggunaan katil di hospital kerajaan di Melaka semakin membimbangkan iaitu pada kadar 77 peratus dengan 24.1 peratus daripadanya bagi kes Covid-19.

Sementara itu, berhubung janji manifesto Pakatan Harapan (PH) terhadap isu pasir, Wan Saiful menganggap ia sekadar janji populis untuk menarik sokongan rakyat.

Katanya, beliau memahami pemikiran PH kerana pernah berada bersama pakatan itu dahulu dan apa yang dibimbangkan adakah janji itu boleh dilaksanakan.

“Bakal ketua menteri daripada PH berjanji tidak akan ada jualan pasir di Melaka. Masalah kita bukan pasir kerana jualan pasir adalah perniagaan.

“Yang kita tidak setuju adalah ada pihak yang berebut pasir bagi mengayakan orang politik. Apa salahnya dibuat secara telus. Saya harap orang Melaka tidak percaya dengan janji-janji populis yang diamalkan PH,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya