Perisikan Malaysia dapat markah sifar - Utusan Malaysia

Perisikan Malaysia dapat markah sifar

IBU pejabat agensi perisikan antarabangsa Jepun, Naicho di bangunan yang lebih dikenali sebagai H20 dalam Daerah Pentadbiran Chiyoda, Tokyo. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kelemahan Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang ‘habis diubah’ oleh pentadbiran terdahulu kini menempatkan negara ini dalam ancaman risiko bahaya besar.

Ini terbukti apabila Indeks Integriti Pertahanan Kerajaan (GDI) meletakkan angka sifar iaitu kritikal yang paling teruk dalam penilaian risiko perkhidmatan perisikan untuk Malaysia.

Indeks bagi tahun lalu itu diterbitkan badan penyelidikan ketelusan antarabangsa, Transparency International (TI) baru-baru ini jelas mendedahkan aspek perisikan Malaysia amat lemah.

Ia sekali gus menjadikan negara ini hanya memperoleh markah keseluruhan 45 atau D yang bermaksud risiko tinggi dalam GDI bersama-sama dengan sejumlah 16 negara lain di dunia.

Perkara itu diakui Presiden TI-Malaysia, Dr. Muhammad Mohan menerusi kenyataan sambil menggesa kerajaan agar melihat serius penarafan buruk tersebut.

Penilaian Malaysia itu setaraf dengan Albania, Argentina, Armenia, Botswana, Chile, Greece, Hungary, Indonesia, Kenya, Kosovo, Portugal, Rusia, Serbia, Tunisia, Uganda dan Ukraine.

Di peringkat rantau Asia Tenggara, hanya Filipina dan Singapura meraih C manakala lapan negara dalam kelompok B dan New Zealand muncul negara tunggal menerima penarafan A.

Kedudukan teruk perisikan Malaysia itu difahamkan ada kaitan ‘campur tangan’ ketara ke atas MEIO ketika era kerajaan Pakatan Harapan selepas menang Pilihan Raya Umum pada 2018.

Agensi itu yang merupakan Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri, diwujudkan sejak 1960-an lalu berdasarkan gaya model Pejabat Penyelidikan Kabinet Jepun atau Naicho.

Dianggap setaraf Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Amerika Syarikat (AS), MEIO seperti Naicho yang ditubuhkan pada 1952 lalu, turut menghantar laporannya terus kepada Perdana Menteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya