Periksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun- Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Periksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun- Raja Muda Perlis

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (kiri) berkenan meninjau dua buah rumah di A16 Kampung Bongor Kudong, Simpang Empat yang terlibat dalam kebakaran di Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru agar pemeriksaan pendawaian elektrik dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam 10 tahun sebagaimana yang disarankan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. 

Titah baginda, pemilik rumah atau premis perlu memastikan kontraktor pendawaian elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia itu menjalankan pemeriksaan keseluruhan pepasangan elektrik dalaman berkenaan.

Baginda bertitah, setiap rumah perlu mempunyai laluan kecemasan atau sekurang-kurangnya dua pintu keluar dan semua penghuni perlu tahu mengenai laluan tersebut. 

“Seterusnya, setiap rumah khususnya rumah jenis kelas A iaitu struktur batu disarankan memasang jeriji tingkap jenis boleh dibuka yang disarankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). 

“Selain itu, setiap rumah perlu ada peralatan pemadaman asas untuk api seperti selimut api atau fire blanket, alat pemadam api dan pengesan api serta asap yang boleh didapati di mana-mana kedai,” titah baginda selepas berkenan meninjau dua buah rumah di A16 Kampung Bongor Kudong, Simpang Empat yang terlibat dalam kebakaran baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, pemilik kedua-dua buah rumah berkenaan, Azizan Om dan Muhamad Fakirah Abd Razak tidak berada di lokasi kejadian sebalik di tempat kerja masing-masing.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak JBPM.

Berikutan kejadian tersebut, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sedang mempertimbangkan proses penyaluran bantuan kediaman kepada keluarga berkenaan. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya