MELAKA: Perang psikologi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semakin hangat apabila tular banyak maklumat yang dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Misalnya tular poster scoreboard jumlah kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di media sosial yang mendakwa parti tertentu setakat ini akan memenangi 16 daripada 28 kerusi DUN Melaka.
Namun perkara tersebut dinafikan pemimpin parti berkenaan yang mengatakan perkara itu sengaja dibuat bagi mencetuskan provokasi menjelang hari pengundian pada 20 November ini.
“Tidak, kita tidak pernah buat scoreboard itu,” katanya.
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan ia sebagai propaganda dikeluarkan pihak sebelah sana.
“Yakin betul mereka,” katanya dalam Facebook beliau. – UTUSAN
Scoreboard yang tular dalam media sosial.