Perak perkenal konsep pelancongan bermotosikal - Utusan Malaysia

Perak perkenal konsep pelancongan bermotosikal

NURMALIS Musa (dua dari kiri) melepaskan peserta Perak Tour 2021 di Lost World of Tambun, Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH:  Perak berpotensi menjadi destinasi pilihan konvoi kumpulan bermotosikal khususnya pada hujung minggu untuk meneroka pelbagai keunikan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa berkata, Perak menyediakan lebih 10 lokasi menarik untuk dikunjungi menerusi konsep pelancongan bermotosikal yang akan diperkenal tidak lama lagi.

Menurutnya, setiap daerah di Perak memiliki keistimewaan dan destinasi yang berbaloi untuk dilawati apatah lagi secara berkonvoi.

“Kita sangat menyokong pelancongan bermotosikal dan akan melancarkan Perak Bikers Trail bulan depan yang kebanyakannya adalah lokasi menarik tetapi masih belum dikenali.

“Keunikan Perak ialah kita memiliki laluan-laluan yang lebih menarik berbanding bermotosikal di atas lebuhraya dengan melalui kampung-kampung tradisional,” katanya selepas pelepasan konvoi bermotosikal Program Perak Tour sempena kempen pelancongan #TravelPeraklah dan Kempen Keselamatan Menunggang Motosikal di Sunway Lost World of Tambun (LWOT), di sini, hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya