Penyu 'lemaskan' The Crocs - Utusan Malaysia

Penyu ‘lemaskan’ The Crocs

FAIZ Nasir (kanan) dan Faisal Halim berjaya mencetak nama sebagai penjaring dalam aksi suku akhir kedua Terengganu menentang Sarawak United di Stadium UiTM, Shah Alam, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Terengganu FC (TFC) melangkah ke separuh akhir dengan penuh bergaya apabila mara dengan agregat 6-3 selepas meraih kemenangan 4-2 ke atas Sarawak United pada aksi suku akhir kedua di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Sebelum ini, skuad kendalian Nafuzi Zain menundukkan Sarawak United 2-1 ketika aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Ahad lalu.

Keputusan itu menyaksikan skuad Penyu akan berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memenangi trofi tersebut pada edisi 2019.

“Syukur kita menang malam ini dengan Sarawak di tempat lawan dan persembahan cukup baik ditunjukkan pemain serta melaksanakan tugas seperti yang dirancangkan,” kata Nafuzi selepas tamat perlawanan.

Turun dengan motivasi tinggi, Terengganu bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi penyerang import dari Ghana Jordan Mintah.

Faisal Halim terus menggandakan jaringan pada minit ke-12 disusuli gol ketiga hasil ledakan Faiz Nasir di penghujung babak pertama.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat terus bernafsu memburu gol dan hasilnya pada minit ke-64, Mintah meledak gol kedua peribadinya namun Sarawak cuba bangkit mengurangkan defisit dengan dua gol menerusi Sandro da Silva (m-72) dan Uche Agba (m-89).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya