Penyokong JDT pulang dengan kekecewaan, kepenatan - Utusan Malaysia

Penyokong JDT pulang dengan kekecewaan, kepenatan

PENYOKONG JDT hadir ke venue perlawanan bagi menyaksikan saingan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan sahaja balik dengan kekecewaan malah kepenatan apabila terpaksa mengharungi perjalanan jauh serta perlu bekerja esok.

Sebelum ini, Kerajaan Johor bercadang mengumumkan cuti khas peristiwa jika pasukan JDT menjuarai Piala Malaysia.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, sebagai tanda penghargaan kepada juara pasukan musim ini pada sambutan ulang tahun trofi berprestij ke-100 itu.

Bagaimanapun, kejutan dihadirkan Kuala Lumpur City (KL City) apabila menjinakkan pasukan terbaik Liga Malaysia itu 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Lebih manis, kejayaan itu dikecapi selepas 32 tahun menanti trofi tersebut selepas kali terakhir Kuala Lumpur menjulang trofi berprestij berkenaan pada tahun 1989.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya