Penubuhan ARCA angkat kebudayaan - Utusan Malaysia

Penubuhan ARCA angkat kebudayaan

(Dari kiri) Ahmad Idham, Saifuddin Abdullah, Dr. Awang Sariyan dan Sakri Abdullah pada program pengantarabangsaan Bahasa Persuratan Melayu di ibu negara hari ini.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penubuhan Jawatankuasa Kesenian dan Kebudayaan (ARCA) bakal mengangkat kebudayaan negara ke persada dunia selain berfungsi sebagai penasihat diplomasi budaya.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, penubuhan ARCA akan dianggotai oleh tokoh-tokoh falsafah dan sastera dalam mengerakkan misi untuk mengangkat budaya Malaysia ke persada antarabangsa.

Menurut beliau, pelantikan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Profesor Dr. Awang Sariyan untuk menyertai pertubuhan itu membuktikan langkah ke depan dalam mencapai misi penubuhannya.

“Kementerian Luar Negeri (KLN) masih lagi menacari eberapa tokoh yang mahir dan mempunyai ilmu di dalam kebudayaan sebagai penasihat jadi saya berharap mereka menerima lamaran kami.

“Kementerian Luar akan memberi dana kepada kedutaan-kedutaan Malaysia supaya mereka dapat menyediakan kursus bahasa dan budaya. Kursus ini turut diberikan kepada pegawai diplomatik negara luar yang bertugas di sini,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Tambah Saifuddin, perjumpaan di antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan dilaksanakan secepat mungkin supaya struktur usaha dapat dikemaskini sebelum hujung tahun 2021.

Sebelum ini dan Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Datuk Seri Eizlan Yusof sebagai masing-masing dilantik Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif di kementerian berkenaan dengan tujuan untuk membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Negeri.

“Saya berharap agar usaha untuk mengantarabangsakan Bahasa dan kebudayaan akan membuahkan hasil dan disambut baik,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Sakri Abdullah.

Sakri berkata, ITBM akan menerbitkan buku yang boleh digunakan sebagai perkongsian budaya dan diguna pakai oleh pembaca sama ada di dalam atau luar negara.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya