Pengurus sebuah syarikat ditahan minta RM1 juta tawar perlindungan - Utusan Malaysia

Pengurus sebuah syarikat ditahan minta RM1 juta tawar perlindungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pengurus syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki ‘menawarkan perlindungan’ kepada seorang pemilik kilang dengan meminta imbuhan hampir RM1 juta.

Wang tersebut diminta kononnya bagi melindungi pemilik kilang berkenaan yang menggajikan pekerja asing serta meminta pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadapnya selepas terdapat seorang daripada pekerja asing meninggal dunia akibat Covid-19.

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah lokasi di sekitar Kuala Lumpur kira-kira pukul 5 petang semalam.

Suspek dikatakan meminta dan menerima wang berjumlah kira-kira RM840,000 secara tunai dan pindahan dalam talian sejak Julai hingga September lalu.

“Suspek kononnya akan meminta agensi-agensi penguat kuasa terlibat agar tidak mengambil tindakan terhadap pemilik kilang itu kerana terdapat pekerja warga asing di kilang tersebut meninggal dunia akibat Covid-19.

“Selain itu, dia juga meminta wang tambahan berjumlah kira-kira RM120,000 kononnya untuk diberi kepada penguat kuasa disebabkan pemilikan kilang itu menggajikan pekerja tanpa permit,” katanya.

Suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini bagi tujuan permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN