Penghuni pusat pemulihan dadah maut dipukul - Utusan Malaysia

Penghuni pusat pemulihan dadah maut dipukul

KAMARUL ZAMAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah swasta di Changlun di sini maut dipercayai akibat dipukul, malam tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa disahkan meninggal dunia setelah dibawa ke Hospital Jitra di sini kira-kira pukul 8 malam.

Katanya, kejadian itu dikatakan bermula apabila mangsa cuba melarikan diri dari pusat pemulihan tersebut.

“Dia kemudiannya dapat ditahan dan mungkin berlaku kejadian menggunakan kekerasan ketika proses penahanan tersebut.

“Sehubungan itu polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Beliau berkata, setakat ini, seorang kakitangan pusat pemulihan tersebut ditahan untuk siasatan lanjut.

Difahamkan mangsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya