Penganggur didenda RM10,000 hina agamawan, pemimpin - Utusan Malaysia

Penganggur didenda RM10,000 hina agamawan, pemimpin

AHMAD Farhan Mohd. (tengah) mengaku bersalah membuat kenyataan jelik di samping menghina golongan agamawan dan pemimpin di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di Kuala Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana membuat kenyataan jelik di samping menghina golongan agamawan dan pemimpin menerusi laman Facebook, tahun lalu.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu selepas Ahmad Farhan Mohd., 39, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Nooriah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Farhan menerusi akaun Facebook Farhan Hazard didakwa secara sedar memuat naik komen dalam kumpulan Facebook Gabungan Anak Terengganu dengan niat untuk menyakitkan hati dan mengganggu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sekitar daerah ini kira-kira pukul 5 petang pada 20 November 2020.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Zamri Md. Jail.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun, jika sabit kesalahan.

Ahmad Farhan sebelum ini ditahan polis susulan tular video berdurasi sembilan minit empat saat yang memaparkan kenyataan jelik dan menghina golongan agamawan termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus di samping agama Islam dan orang Melayu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN