Penerbangan pertama bawa pelancong asing ke Langkawi 3 Disember  - Utusan Malaysia

Penerbangan pertama bawa pelancong asing ke Langkawi 3 Disember 

NASARUDDIN Abdul Muttalib Nasaruddin (tengah) bergambar bersama penganjur dan peserta Hari Mahsuri di Holiday Villa Beach Resort di Pantai Tengah, Langkawi hari ini. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Penerbangan pertama membawa pelancong asing di bawah gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi dijangka bermula 3 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, penerbangan terus pertama itu dijangka tiba dari Singapura.

“Kita menjangkakan tidak lebih 200 orang akan tiba pada penerbangan pertama melalui Scoot Airlines pada 3 Disember nanti. Pada minggu tersebut, dijangkakan sebanyak tiga penerbangan daripada Singapura akan memasuki Langkawi,” katanya selepas mengunjungi  program komuniti Hari Mahsuri di Holiday Villa Beach Resort, Pantai Tengah di sini, hari ini.

Beliau berkata, LADA turut menjangkakan lebih banyak penerbangan terus ke Langkawi melalui penerbangan sewa khas apabila menjelang percutian musim sejuk pada pertengahan Disember ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya