Penduduk di Kedah dinasihat tidak ambil mudah penyakit JE 

Penduduk di Kedah dinasihat tidak ambil mudah penyakit JE 

MOHD. Hayati Othman (tengah) menyampaikan hadiah kepada guru Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Pendang, Noor Sunarti Rahman Amin yang memenangi pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah peringkat negeri di Alor Setar, Kedah, hari ini. - FOTO/MOHD. RAFIE AZMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penduduk negeri ini dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah terhadap jangkitan penyakit Japanese Encephalitis (JE) yang telah meragut tiga nyawa pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, setiap golongan dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga, selain mengambil berat soal kebersihan bagi mencegah pembiakan nyamuk Culex yang menjadi penyebar JE.

“Setakat ini di Kedah sudah terdapat tiga kematian melibatkan seorang kanak-kanak di Pendang dan dua dewasa di daerah Kota Setar. Jumlah kes JE juga meningkat di negeri ini daripada lapan pada tahun lalu kepada 10 kes tahun ini.

“Mungkin ada yang menganggap jumlah itu sebagai sedikit, namun saya nasihatkan orang ramai tidak ambil mudah perkara ini. JE ini amat berbahaya di mana mereka yang mengalaminya akan merasa demam, sakit kepala dan muntah hingga akhirnya boleh membawa maut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Apresiasi Sempena Sambutan ‘World Clean Up Day’ (WCD) dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah (Perkiss) sempena Hari Kitar Semula Kebangsaan Peringkat Negeri 2021, di  sini hari ini.

Semalam, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Othman Warijo menerusi satu kenyataan memaklumkan, terdapat dua kes JE dikesan di daerah Kota Setar pada 18 November dan 25 November lalu dengan kedua-duanya melibatkan kematian pesakit.

Susulan itu, kata Othman, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah melaksanakan aktiviti kawalan wabak dengan serta-merta selain melakukan pengesanan kes secara aktif (ACD) di sekitar kawasan terlibat.

Mohd. Hayati menambah, virus JE biasanya menjadikan babi atau monyet sebagai ‘perumah’ sebelum penyakit itu disebarkan pula oleh nyamuk Culex.

“Dua kematian melibatkan individu dewasa yang dikesan pada November lalu itu berlaku di Jalan Pegawai dan Jalan Tanjung Bendahara. Di kedua-dua kawasan itu tidak mempunyai takungan atau kumbahan babi. Mungkin virus itu datang dari tempat lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya