Pendapatan 1,456 koperasi merosot - Utusan Malaysia

Pendapatan 1,456 koperasi merosot

MOHD. Izhar Ahmad (tengah) menyampaikan trofi kepada Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor yang diterima Zainudin Mohammed sebagai koperasi terbaik sempena Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor 2020 di Hotel Trove, Johor Bahru. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pendapatan keseluruhan 1,456 koperasi di negeri ini mencatatkan kemerosotan yang ketara sebanyak 30 peratus kepada RM630 juta pada tahun lalu disebabkan faktor pandemik Covid-19. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Mohd. Izhar Ahmad berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding perolehan pada tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM974 juta. 

Beliau berkata, walaupun banyak koperasi di negeri ini yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19, namun masih belum ada yang benar-benar terkesan sehingga terpaksa gulung tikar.

“Hasil pemeriksaan yang dibuat didapati sebanyak 153 koperasi tidak termasuk koperasi sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) di negeri ini dikesan terjejas teruk dan mengalami masalah aliran tunai disebabkan pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

“Bagi memastikan koperasi kecil dan mikro tidak ketinggalan ketika dalam proses pemulihan perniagaan, kerajaan negeri bersetuju untuk menyuntik dana sebanyak RM1.5 juta melalui pemberian geran di bawah Program Prihatin Koperasi.

“Pemberian geran ini diberikan kepada koperasi kecil dan sederhana yang pendapatannya kurang RM1 juta setahun dan betul-betul memerlukan untuk terus bertahan,” katanya selepas merasmikan Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor 2020, di sini hari ini.

Mohd. Izhar berkata, 153 koperasi terjejas itu adalah antara koperasi yang menjalankan perniagaan berkaitan perkhidmatan perhotelan dan sektor pelancongan.

Katanya, pemberian geran itu bagi membolehkan mereka membangunkan semula perniagaan dan melakukan perubahan sekiranya perniagaan dijalankan selama ini sudah tidak mampu bertahan.

“Kita mahu bantu mereka supaya terus bertahan dan tidak ketinggalan. Kita mahu koperasi terjejas ini terus bergerak ke hadapan secara serentak mengikut kapasiti masing-masing

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Johor, Fadilah Salim berkata, pihaknya telah mengenalpasti kira-kira 170 koperasi, namun keutamaan akan diberikan kepada koperasi yang mempunyai masalah aliran tunai kritikal.

“Sekarang dalam proses kelulusan daripada 170 koperasi yang memohon dan tersenarai untuk Program Prihatin Koperasi ini. Sekiranya layak, setiap koperasi akan diberi geran bernilai RM5,000 untuk penyusunan semula dan bertahan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya