Pembakaran terbuka: Premis tapak pembinaan dikompaun RM2,000  - Utusan Malaysia

Pembakaran terbuka: Premis tapak pembinaan dikompaun RM2,000 

SEBUAH premis di kawasan tapak pembinaan dikompaun sebanyak RM2,000 selepas didapati melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka di Seberang Perai, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Sebuah premis di kawasan tapak pembinaan dikompaun sebanyak RM2,000 selepas didapati melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka di Seberang Perai, di sini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, aktiviti itu dikesan dalam satu pemantauan rutin oleh pihaknya semalam.

Sehubungan itu katanya, penduduk Pulau Pinang dinasihatkan segera menghentikan amalan pembakaran secara terbuka bagi menjaga kualiti udara sekitar.

“Sisa pepejal termasuk reja kayu (kayu-kayu kecil) sebenarnya boleh dikitar semula dan pihak yang berminat boleh menyertai komuniti ‘Zero Waste Network’ (jaringan sisa buangan sifar) untuk tujuan berkenaan.

“Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk di laman sesawang Penang Green Council,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Sharifah Zakiah, pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Dalam hal ini, kes-kes pencemaran boleh dilaporkan kepada JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di [email protected],” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya