PETALING JAYA: Jabatan Penjara hanya membenarkan banduan membuat perjumpaan dengan pihak peguam, polis, kedutaan atau pihak berkompeten yang lengkap divaksinasi.
Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pelawat juga perlu mengemukakan keputusan negatif ujian Covid-19 dengan tempoh sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala.
“Syarat ini turut terpakai kepada penghuni penjara yang terlibat.
“Permohonan rasmi kepada pengarah Institusi perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh perjumpaan dan keputusan permohonan akan dimaklumkan sebelum tarikh yang dicadangkan,” katanya.
Bagi pelawat yang tidak divaksinasi atas faktor kesihatan, mereka perlu mengemukakan surat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
“Sila hubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE