PELADANG-i kad pintar keluarga peladang  - Utusan Malaysia

PELADANG-i kad pintar keluarga peladang 

DZULFADLI Johan (kiri) menyampaikan Kad Pintar Keluarga Peladang kepada penerima kad itu, Mohd. Razif Baharom di PPK Bera di Bera, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) mewujudkan program Kad Pintar Keluarga Peladang (PELADANG-i) bagi memberi manfaat kepada 920,678 ahlinya mendapat perlindungan takaful.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri, Dzulfadli Johan berkata, program inisiatif pintar itu bagi menjadikan industri pertanian negara berdaya saing dalam ekosistem pertanian moden.

“Kad pintar PELADANG-i merupakan program yang menggabungkan pelbagai fungsi dan kelebihan dalam satu kad.

“Ini selaras pengumuman Bajet 2022 yang memperuntukkan sejumlah RM5 juta untuk melengkapkan 920,678 ahli dengan takaful peladang,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran PELADANG-i di PPK Bera di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian LPP, Nor Fadzli Hasan; Pengarah Agrobank Wilayah Pahang, Safaruddin Samsuddin dan Pengerusi PPK Bera, Adam Ismail.

Dzulfadli berkata, sejak dilancarkan pada 6 Oktober lalu, lebih 2,383 orang memperoleh Kad Pintar PELADANG-i dan jumlah itu dijangka bertambah sebelum majlis pelancaran yang dijadual disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 23 Disember depan.

Tegasnya, PELADANG-i akan dimanfaatkan oleh ahli LPP di negara ini yang dilengkapi dengan perlindungan Insurans Takaful Peladang.

Tambah beliau, kemudahan itu memberi keistimewaan kepada golongan muda dan bakal ahli peladang menceburi bidang kerjaya dalam industri pengeluaran agro makanan negara.

“Pendekatan inovatif ini selaras dengan semangat Keluarga Malaysia hasil usahasama LPP dan Agrobank. Ia dapat meningkatkan penawaran penggunaan teknologi, perkhidmatan dan kebajikan kepada komuniti dan masyarakat peladang golongan B40, ahli berusia 18 hingga 70 tahun mendapat perlindungan insuran Takaful berjumlah RM5,000.

“Manfaat langsung daripada takaful ini dapat membantu masyarakat peladang ketika dilanda musibah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya