Pekerja pembinaan maut dihempap lori pasir terbalik - Utusan Malaysia

Pekerja pembinaan maut dihempap lori pasir terbalik

PASUKAN bomba mengeluarkan mangsa yang dihempap sebuah lori muatan pasir di Jalan Kiyai Sujak, Taman Sri Wangi, Kapar di Klang, Selangor petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pekerja pembinaan jalan raya maut dihempap sebuah lori muatan pasir yang terbalik di Jalan Kiyai Sujak, Taman Sri Wangi, Kapar di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 2.24 petang itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.24 petang dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

“Laporan awal diterima melibatkan kemalangan sebuah lori muatan pasir terbalik dan menghempap seorang pekerja pembinaan jalan raya.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya