Pekerja pasar raya dituduh bunuh kanak-kanak berusia dua tahun  - Utusan Malaysia

Pekerja pasar raya dituduh bunuh kanak-kanak berusia dua tahun 

TERTUDUH (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Rompin selepas didakwa membunuh kanak-kanak berusia dua tahun yang dijaganya di Rompin, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Seorang pekerja pasar raya didakwa di Mahkamah Majistret Rompin di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di bawah jagaannya. 

Bagaimanapun tiada pengakuan daripada tertuduh, Mohd. Noor Ab. Manap, 31, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pembunuhan terhadap kanak-kanak bernama Adam di sebuah rumah di kampung Janglau pada pukul 2 pagi, 11 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhalimatun Saadiah Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan dan Osman Abdullah.

Mahkamah menetapkan 20 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan kimia dan forensik.

Mangsa berusia dua tahun dipercayai anak seorang warga Indonesia diserahkan oleh abang suspek yang bekerja di Kuala Lumpur untuk dijaga oleh suspek sejak Disember lalu.

Pada 11 November lalu mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa ke Hospital Rompin oleh suspek untuk mendapatkan rawatan dan suspek mendakwa mangsa tercedera akibat gurauan kasar.

Bagaimanapun berdasarkan pemeriksaan, pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan perut yang turut dipercayai akibat dipijak oleh suspek.

Mangsa yang difahamkan dipijak dua kali menggunakan kaki kanan ditempatkan oleh suspek dalam sebuah bilik yang hanya berlantaikan simen dengan dibekalkan satu bantal.

Suspek baru mendapat anak keempat selepas isterinya bersalin dua hari selepas kematian mangsa pada 11 November lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya