Patut bincang isu jual saham dengan Exco Pafa - Utusan Malaysia

Patut bincang isu jual saham dengan Exco Pafa

REDUAN Amir Hamzah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kepimpinan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) diminta berbincang dengan Ahli Majlis (Exco) persatuan itu terhadap sesuatu perkara termasuk pembelian saham Pafa oleh pihak yang berminat.

Exco Pafa, Mohd. Reduan Amir Hamzah berkata, ini kerana Exco Pafa setakat ini tidak mengetahui mengenai apa-apa perkara membabitkan persatuan itu, malah mereka tidak dibabitkan dalam sebarang perkara melibatkan Pafa.

“Contohnya, perbincangan pembelian saham Pafa oleh pihak berminat, kami Exco langsung tidak tahu menahu apa-apa. 

“Tiba-tiba terpancar di dada akhbar mengenainya, saya terpinga-terpinga apabila ada pihak yang bertanya mengenainya. Netizen menyoal saya mengenai isu tuntutan ‘token’ Pafa kepada syarikat berkenaan,” katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, beliau tidak boleh memberi sebarang penjelasan mengenai perkara itu kerana  tidak tahu apa-apa disebabkan tidak dibincangkan dengan Exco Pafa.

Katanya, sepatutnya Naib-Naib Presiden yang menerajui Pafa panggil mesyuarat Exco dan memaklumkan kepada mereka mengenai pembelian itu.

“Pafa bukan milik satu dua individu tetapi semua yang dipilih oleh perwakilan dalam kongres tahunan. Jadi kami juga ada hak untuk tahu apa yang sedang dan akan berlaku dalam Pafa,” katanya.

Mohd. Reduan berkata, nama semua Exco turut terpalit kerana turut menganggotai ketika ini.

“Yang tercemar bukan hanya seorang dua individu tetapi semua Ahli Majlis Pafa.

“Saya berharap Naib-Naib Presiden yang menerajui persatuan itu ketika ini memperbetulkan keadaan dan hala tuju Pafa dalam mengatasi kemelut yang berlaku hingga menyaksikan 12 ahli gabungan menuntut diadakan Kongres tergempar untuk memilih Presiden Dan Timbalan Presiden baharu,” katanya.

Sebelum ini, perbincangan penjualan saham Perak FC bersama sebuah syarikat, Kopa Arena menemui jalan buntu.

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) Datuk Muhammad Yadzan Mohammad mendakwa, Kopa Arena tidak pernah membentangkan struktur kewangan yang kukuh dalam usaha untuk mengambil alih kira-kira 51 peratus saham kelab itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya