'Parti' di taman tema, netizen tegur jangan undang bala Allah - Utusan Malaysia

‘Parti’ di taman tema, netizen tegur jangan undang bala Allah

SEKUMPULAN anak muda yang menyertai 'party' di sebuah taman tema.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dunia dikejutkan dengan penganjuran konsert di bumi Arab Saudi pasca Covid-19 ini, Malaysia tidak ketinggalan apabila tular dalam media sosial aksi anak muda bersuka ria dan menari di sebuah taman tema terkenal negara.

Ramai netizen yang melahirkan rasa sedih dengan aksi tersebut yang dilakukan di kawasan kolam terbuka dengan alunan muzik rancak.

“Masa di Arab Saudi hari itu, ramai kecam, ini di Malaysia apa?” Soal seorang netizen yang memberikan komen mengenai apa yang berlaku itu.

Begitu juga seorang lagi netizen menulis: “Lepas ini jangan tanya kenapa kita tak raya lagi tahun depan. Sepatutnya pihak (taman tema itu) kena pandai urus, berapa ramai boleh masuk”.

“Berseronoklah dahulu sebelum bala bencana serta azab-Nya sampai. Terbaik anak muda,” tulis seorang lagi netizen.

Begitu juga seorang netizen menulis: “Nanti kes Covid-19 tinggi, cakap kerajaan gagal”.

Kes Covid-19 di negara ini masih berada dalam jumlah melepasi 5,000 kes sehari dengan semalam, 6,243 kes dicatatkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya