[PARLIMEN] Tun M persoal peruntukan RM100 juta untuk Najib -

[PARLIMEN] Tun M persoal peruntukan RM100 juta untuk Najib

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang didakwa telah meluluskan pembangunan sebuah rumah untuk diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bernilai sehingga RM100 juta.

Menurut Dr. Mahathir, perkara itu perlu dibincangkan di Kabinet dan haruslah dipertimbangkan semula kerana Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan itu telah pun didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.‬

“Mengikut aturan peraturan, bajet kita perlu dikemukakan di Dewan (Rakyat) ini supaya dapat dibahas dan ditentukan sama diluluskan atau tidak. Sepatutnya Menteri Kewangan menjelaskan semua item dalam bajet tetapi Sekarang ini ada satu item yang tidak disebut tetapi ketika ini sudah timbul dalam kalangan orang ramai.

“Bajet ini berkenaan dengan hadiah kepada Najib iaitu rumah bernilai RM100 juta kerana kononnya jasanya kepada negara. Ini tidak disebut kerana setakat yang kita tahu, dia adalah seorang pesalah yang dihukum 12 tahun penjara dan denda lebih RM200 juta.

“Inikah jasa yang kerajaan yang ad aini nak balas budi. Akan datang nanti, perdana menteri akan curi duit kerana dapat tambah duit lagi. Duit yang dicuri juga diberi balik.

Ini adalah kerajaan baharu dan dasar baharu,” katanya ketika mencelah ucapan Penggulungan Kementerian Kewangan.

Menteri Kewangan kemudian mencadangkan supaya persoalan tersebut dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Saya sebenarnya hendak cadangkan sebarang soalan berhubung ini hendaklah diserahkan kepada JPM memandangkan urusan berhubung Akta Ahli Parlimen (Saraan), elaun-elaun dan juga keistimewaan bagi bekas perdana menteri terletak di bawah bidang kuasa JPM,” jelasnya.

Namun begitu, Mahathir mempersoalkan jawapan tersebut kerana beliau difahamkan perkara itu telah diluluskan oleh Kabinet.

Berikutan celahan itu, situasi di Dewan Rakyat menjadi riuh apabila lebih ramai ahli Parlimen pembangkang terus mempersoalkan perkara itu.

Antaranya adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya