(PARLIMEN) Program dekati pengundi belia lancar - Utusan Malaysia

(PARLIMEN) Program dekati pengundi belia lancar

WAN Junaidi Tuanku Jaafar bercakap pada sidang akhbar di Menara SPR, Putrajaya. - FOTO/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagi mendekati masyarakat khususnya golongan belia, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Akademi Pilihan Raya (APR) melaksanakan Program Pendidikan Pengundi (Voter Education – VE).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia bertujuan bagi memberi kefahaman terhadap proses pilihan raya serta menjawab sebarang isu yang dibangkitkan sehingga hari ini.

“Ini sebagai alternatif dalam melaksanakan VE yang diadakan secara bersemuka sebelum pandemik Covid-19 berlaku,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) meminta kerajaan menjelaskan langkah diambil SPR untuk memastikan pengundi 18 akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ini.

Jelas Wan Junaidi, sehingga 30 September lalu, APR melaksanakan VE bersama beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) secara bersemuka dengan mematuhi ketetapan SOP.

Kata beliau, program tersebut sehingga kini melibatkan penyertaan 2,740 pelajar manakala VVE pula sebanyak 152 program diadakan dengan 50,858 jumlah tontonan.

“Inisiatif ini diambil bagi menggalakkan pengundi 18 tahun keluar mengundi pada pilihan raya umum nanti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya