[PARLIMEN] Ahli Parlimen lain dapat berjuta-juta, di Muar RM0 - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Ahli Parlimen lain dapat berjuta-juta, di Muar RM0 – Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa kecewanya kerana tidak mendapat sesen pun peruntukan khas daripada kerajaan.

Beliau mendedahkan, beliau langsung tidak mendapat bantuan daripada kerajaan ketika banjir melanda di kawasannya.

“Situasi banjir di Muar sangat mencemaskan, kerana taburan hujan tinggi, longkang-longkang tidak digali, bantuan kerajaan tidak begitu cepat, kerisauan saya sampai dua minggu lepas, banjir begitu teruk, sampai saya terpaksa menempatkan dua buah keluarga di rumah saya sendiri di Muar.

“Saya kongsikan pengalaman perit ini kerana sebelum ini, semua Ahli Parlimen lain sudah dapat peruntukan khas kerajaan. Ahli Parlimen Pakatan Harapan, dalam tempoh terdekat dapat kira-kira RM600,000 dalam tempoh tiga bulan sahaja.

“Di meja kerajaan, RM3.8 juta, Sabah dan Sarawak ada sampai RM5 juta, di Muar kosong Ringgit Malaysia. Saya telah berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri, saya percaya kepada diplomasi, tiga kali dah jumpa,” katanya ketika sesi penggulungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad di Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Latiff kemudian menyifatkan Syed Saddiq hanya berdepan dengan isu melibatkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

“Itu ICU punya hal, saya faham itu. Muar punya hal dengan Simpang Renggam (Maszlee Malik) sama. Saya cerita pasal bencana.

“Tak apa, saya faham. Tak perlu kita bertengkar, selepas ini kat luar saya selesaikan,” katanya.

Namun, Syed Saddiq mendakwa kerajaan bersikap pilih kasih.

“Macam mana saya nak tolong orang kawasan saya, bila mereka tidak ditempatkan sewajarnya, bantuan tidak disampaikan dan kerajaan mendiskriminasikan Ahli Parlimen? soalnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya