Paras air laut di Kuala Muda meningkat berbanding semalam

Paras air laut di Kuala Muda meningkat 

ANGGOTA APM memantau paras air berikutan amaran kejadian air pasang besar di Jeti Tanjung Dawai, Merbok, Sungai Petani, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Paras air laut meningkat sedikit pagi ini namun tiada kenaikan luar biasa direkodkan di kawasan persisiran pantai Kuala Muda berikutan amaran kejadian air pasang besar yang dijangka bermula di Kedah sejak Khamis.

Pegawai Pertahanan Awam merangkap Pengerusi Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, berdasarkan pemantauan awal pagi tadi terdapat sedikit peningkatan pada bacaan paras air laut di pantai Kota Kuala Muda dan pantai Tanjung Dawai berbanding semalam namun masih di paras biasa.

Menurutnya, pantai Kota Kuala Muda hanya mencatatkan paras air laut setinggi 1.75 meter pada pukul 1.30 pagi berbanding ramalan 3.10 meter.

Menurutnya, pantai Tanjung Dawai, Merbok juga mencatatkan paras air 1.85 meter berbanding paras ramalan 3.10 meter.

“Di Pantai Kuala Muda, pemantauan dilakukan di beberapa lokasi iaitu di Kampung Padang Salim, Kampung Hujung Matang dan Kampung Paya di mukim Kuala dan Kampung Sungai Meriam dan Kampung Sungai Yu di mukim Bukit Meriam.

“Sementara itu bagi Pantai Tanjung Dawai pula di Kampung Huma dan di Jeti Tanjung Dawai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, setakat ini terdapat dua buah kampung yang dinaikki air iaitu di Kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda dan Kampung Huma, Tanjung Dawai.

“Terdapat kenaikan air setinggi 0.2 meter bagi kedua-dua kampung tersebut namun masih terkawal,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya