Papa Zola digugurkan dalam filem animasi BoboiBoy akan datang - Utusan Malaysia

Papa Zola digugurkan dalam filem animasi BoboiBoy akan datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas meraih kejayaan menerusi penerbitan filem animasi BoboiBoy: The Movie dan BoboiBoy Movie 2, Animonsta Studios, mengesahkan pembabitan watak bernama Papa Zola dalam karya animasi ini akan digugurkan.

Perkara itu disahkan oleh pengasas dan Pengarah Urusan Animonsta Studios, Mohd Nizam Abd Razak yang juga merupakan peminjam suara bagi watak Papa Zola menerusi satu hantaran yang dibuat menerusi akaun Facebooknya semalam.

“Selepas membaca komen dan maklum balas anda semua, dapatlah disahkan bahawa Papa Zola akan digugurkan dalam BoboiBoy Movie akan datang.

“Idea untuk mengubah Papa Zola dan Gopal pun tidak diterima. Papablo Esgopal kini bersedih,” katanya.

Sebelum membuat pengumuman tersebut, Nizam juga berkongsi satu hantaran lain yang mendedahkan mengenai perebutan watak animasinya itu pada waktu skrin.

“Dalam BoBoiBoy, banyak sangat watak merebut waktu skrin. Jadi, ada watak yang perlu digugurkan untuk sesetengah arc atau movie.

“Soalannya, watak mana perlu digugurkan?”katanya sebelum menerima ratusan komen berhubung watak yang perlu digugurkan.

Perkara berkenaan turut dikongsikan di laman rasmi facebook BoBoiBoy dan telah meraih perhatian pengikut dan peminat animasi berkenaan.

Rata-ratanya, melahirkan rasa sedih dan kecewa kerana Papa Zola yang dianggap antara tunjang utama tarikan filem animasi tersebut bakal tiada.

Untuk rekod, watak Papa Zola merupakan antara watak kegemaran ramai anak-anak kecil dan turut mencuri hati peminat dewasa dalam animasi adiwira BoBoiBoy.

Dikenali dengan taglinenya ‘‘kebenaran’, Papa Zola dipaparkan sebagai seorang adiwira yang bersikap spontan dan bersahaja.

Dalam pada itu, Nizam juga mengumumkan sudah menyiapkan naskah terbaru untuk animasi BoboiBoy Movie ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya