Pajakan tanah dua syarikat ke atas Ladang Tennamaran dibatal

Pajakan tanah dua syarikat ke atas Ladang Tennamaran dibatal

AMIRUDIN Shari (tiga dari kiri) beramah mesra bersama beberapa peneroka Ladang Tennamaram dalam satu sidang akhbar khas mengenai status tapak tanah di Kuala Selangor itu di Bangunan SUK, Shah Alam, Selangor, hari ini. - FOTO/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor membatalkan pajakan tanah seluas kira-kira 38.28 hektar yang diberikan kepada syarikat Biasan Suria Sdn. Bhd. (Biasan Suria) dan syarikat Trilion Project Sdn. Bhd. (Trilion Project) di Ladang Tennamaran, Bestari Jaya yang menjadi pertikaian para peneroka terhadap tapak tersebut sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mendapat persetujuan daripada dua syarikat serta lebih 400 peneroka kawasan tersebut. 

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 17 November lalu bersetuju untuk membatalkan pajakan tanah kepada dua syarikat ini. 

“Tanah berkenaan akan dipajakkan selama 21 tahun oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan semua peneroka bersetuju memajak tanah terbabit melalui perbadanan itu,” katanya dalam satu sidang akhbar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini hari ini. 

Sebelum ini dilaporkan kira-kira 700 peneroka ladang kelapa sawit dan pekebun kecil di kawasan itu mendakwa kerajaan Selangor telah memajak tanah Ladang Tennamaran kepada tiga buah syarikat secara meragukan. 

Susulan dakwaan itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwariya Zulkifli memaklumkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor menjalankan siasatan dalaman dan semakan terperinci berhubung isu pajakan tanah itu. 

Dalam pada itu, Amirudin turut memaklumkan PKPS akan memberikan tanah pajakan di kawasan lain sebagai gantian kepada Biasan Suria dan Trilion Project. 

“Di samping menyelesaikan isu pajakan 38.28 hektar itu, PKPS juga berjaya menyelesaikan isu penerokaan haram di kawasan sama yang melibatkan keluasan tanah seluas 322 hektar. Justeru, PKPS akan membuat pemutihan terhadap hampir 400 peneroka yang memohon (pajakan di Ladang Tennamaran),” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya