Pahang sumbang kluster Covid-19 terbanyak - Utusan Malaysia

Pahang sumbang kluster Covid-19 terbanyak

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja mencatatkan jumlah terbanyak iaitu tiga daripada lima kluster Covid-19 hari ini, diikuti satu komuniti dan satu kluster pendidikan lain manakala Pahang rekod kluster terbanyak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja melibatkan satu di Lembah Pantai, Kuala Lumpur; satu di Hulu Langat, Selangor dan satu di Bera, Pahang.

“Satu kluster komuniti pula di Maran manakala kluster pendidikan lain di Kuantan, Pahang.

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 404 kluster manakala 5,377 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 5,071 kes berbanding semalam, 4,626 kes sekali gus diatasi 5,372 kes sembuh.

Selain itu katanya, sebanyak 557 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 300 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 5,071 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 121 kes (2.4 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 4,950 kes (97.6 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 63 kes berbanding kelmarin, 36 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,975 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 18 daripada 63 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,864 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya