PUTRAJAYA: Pengoperasian institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengikut ketetapan pengoperasian Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula
21 November ini bagi Kedah.
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, ini diikuti Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah pada keesokannya iaitu 22 November.
Katanya, ia melibatkan kehadiran murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta kelas peralihan dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah
menengah.
“Institusi pendidikan bawah KPM dalam kenyataan media ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat, ” katanya di sini hari ini.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 5 November lalu mengumumkan peralihan Fasa 4 PPN bagi negeri-negeri itu berkuat kuasa esok. – UTUSAN ONLINE