Noor Hisham antara 5 penerima khas Pingat kebesaran JBPM - Utusan Malaysia

Noor Hisham antara 5 penerima khas Pingat kebesaran JBPM

ANTARA penerima khas PKP dan penerima PCB dalam kalangan media pada Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di Putrajaya.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah antara penerima khas Pingat Ketua Pengarah (PKP) pada Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Empat lagi penerima khas pingat dalam istiadat yang disempurnakan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid itu turut diberikan kepada Ahli Dewan Negara, Datuk Ras Adiba Radzi dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Dr. Aminuddin Hassim.

Selain itu ialah bekas Ketua Pengarah Nadma, Datuk Mohtar Mohd. Abd. Rahman dan Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood.

Pada masa sama, tiga Pengarah Bomba Negeri turut menerima pingat PKP antaranya adalah Dr. Wan Mohamad Zaidi Wan Isa (Pengarah JBPM Pahang); Md. Hilman Abd. Rashid ( Pengarah JBPM Terengganu) dan Jainal @Zainal Madasin (Pengarah JBPM Kelantan).

Dalam pada itu, seramai empat pengamal media termasuk Wartawan Utusan Malaysia, Maisarah Sheikh Rahim menerima Pingat Cemerlang Bomba (PCB) manakala seorang lagi pengamal media antara 19 penerima Pingat Setia Bomba (PSB).

Sembilan individu pula dikurniakan Pingat Jasa Bomba (PJB) dan 32 lagi individu dianugerahkan PCB menjadikan jumlah keseluruhan penerima pingat kebesaran JBPM tahun ini seramai 72 orang.

Sementara itu, Mohammad Hamdan dalam ucapannya berkata, penganugerahan pingat ini sebagai tanda penghargaan dan penghormatan tinggi kepada individu istimewa yang telah menyumbang kepada pembangunan organisasi perkhidmatan kebombaan.

Menurutnya, penerima juga memainkan peranan luar biasa dalam menabur jasa dan bakti bagi mendepani isu kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Anugerah ini tidaklah setanding dengan nilai sumbangan dan jasa bakti, yang dicurahkan oleh insan yang terpilih ini, namun ia adalah satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan ikhlas dari JBPM yang amat menyanjung tinggi usaha dan pengorbanan yang ditaburkan.

“Saya berharap agar semua penerima anugerah ini akan terus memainkan peranan yang positif dan konstruktif sebagai agen transformasi, dalam mengangkat martabat bangsa ke tahap yang lebih unggul,” katanya. -UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya