Netizen gesa pertingkat kemudahan bahagian kecemasan hospital - Utusan Malaysia

Netizen gesa pertingkat kemudahan bahagian kecemasan hospital

KEADAAN bahagian kecemasan sebuah hospital yang tidak selesa, berlecak dan basah akibat hujan lebat selain pesakit yang terpaksa menunggu giliran dalam keadaan tidak menyenangkan. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengalaman seorang warganet yang berada  dalam keadaan tidak selesa dan banjir akibat hujan lebat dan ribut petir serta guruh di bahagian kecemasan sebuah hospital tular di platform sosial media, semalam. 

Warganet tersebut membuat ciapan tentang keadaan bahagian kecemasan yang tidak selesa, berlecak dan basah akibat hujan yang lebat selain pesakit yang terpaksa menunggu giliran dalam keadaan tidak menyenangkan. 

Hasil tinjauan di ruangan komen, ramai netizen menyatakan mereka melalui pengalaman yang sama di pelbagai hospital dan lokasi dan menegaskan kerajaan untuk membuat sesuatu tentang ruangan menunggu giliran di bahagian kecemasan hospital.

“@Khairykj @KKMPutrajaya sila tingkatkan perkhidmatan kemudahan di bahagian kecemasan. Kami perlu fasiliti yang lebih baik,” kata seorang warganet. 

Sementara itu, seorang warganet berkongsi pengalaman dia dan isterinya yang melalui pengalaman sama

“Masa isteri saya bersalin dekat hospital, kami melalui keadaan yang sama. Duduk bawah khemah tepi hospital sambil berlagunya hujan petir. Sejuk dan tiada tempat untuk memanaskan badan. Tempat duduk pula terhad cuma ada beberapa tempat duduk sahaja,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya