Najib ke IPD Dang Wangi, dakwa ada cubaan sembunyi bukti 1MDB - Utusan Malaysia

Najib ke IPD Dang Wangi, dakwa ada cubaan sembunyi bukti 1MDB

NAJIB Tun Razak (tengah) melambai ke arah wakil media ketika keluar dari IPD Dang Wangi selepas selesai membuat laporan polis berhubung cubaan menyembunyikan bukti penting berkaitan 1MDB di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa, wujud cubaan beberapa pihak yang sengaja menyembunyikan bukti transaksi wang membabitkan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Pekan itu turut mendakwa, terdapat seorang lagi saksi utama pendakwaan dalam kes SRC International Sdn. Bhd telah menerima lebih RM85 juta dana yang dikaitkan secara langsung dengan 1MDB, namun perkara itu tidak didedahkan.

Kata beliau, maklumat berkenaan tidak pernah dimaklumkan kepada dirinya mahupun barisan peguam untuk digunakan dalam pembelaan di mahkamah.

“Maklumat tersebut boleh menjadi bahan kepada pembelaan dalam kedua-dua kes yang dikaitkan dengan diri saya,” katanya ketika ditemui di depan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini selepas membuat  laporan polis bagi mengesa pihak berkuasa menjalankan siasatan mengenai perkara berkenaan.

Minggu lalu, SPRM mendedahkan bahawa AS$15.4 juta (RM65 juta) dalam dana berkaitan 1MDB dihantar pulang daripada akaun Cutting Edge Industries Ltd. di Singapura.

Difahamkan, syarikat Cutting Edge Industries dimiliki bersama oleh suami kepada bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan Samuel Goh.

Dalam pada itu, bekas peguam negara, Tommy Thomas kelmarin dalam Parlimen memberitahu, siasatan mengenai peranan bekas gabenor Bank Negara itu  dan suaminya dalam skandal 1MDB belum disiapkan ketika pemerintahan PH. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN