Nahas pesawat Hawk: Arwah beli rumah untuk ibu

Nahas pesawat Hawk: Arwah beli rumah untuk ibu

RAZILAH Daud tidak dapat menahan sedih selepas menerima berita anaknya, Kapten Mo­hamad Affendi Bustamy maut dalam nahas pesawat TUDM Butterworth, Pulau Pinang malam kelmarin. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Pemergian Kapten Mo­hamad Affendi Bustamy, 31, yang maut dalam nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth, Pulau Pinang malam kelmarin merupakan kehilangan besar buat ahli keluarganya.

Ini kerana, anak kedua daripada empat adik beradik itu merupakan harapan keluarga kerana banyak berjasa terhadap kedua ibu bapanya, Bustamy Tuakal, 70, dan Razi­lah Daud, 52.

Razilah berkata, rumah didia­minya bersama suami serta dua orang lagi anaknya di Taman Redan Perdana di sini dibeli oleh Mohamad Affendi.

Sebelum ini katanya, suami yang bekerja sebagai buruh dan dia mengambil upah menjahit pakaian tinggal menyewa di Felda Keratong 3 dan Keratong 5.

“Sudah tiga tahun kami duduk sini (Taman Redan Perdana) sejak 2017, arwah beli rumah ini dan dia maklum emak duduk sini, anggap seperti emak dan abah berpencen. Duduk berehat.

“Kelengkapan rumah semua lengkap dan disediakan oleh arwah. Duit belanja pun setiap bulan arwah beri. Arwah memang banyak berjasa pada keluarga,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Redan Perdana, di sini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku dalam kawasan pangkalan TUDM Butterworth pukul 10.07 malam itu, seorang lagi anggota TUDM dilaporkan cedera selepas pesawat jenis Hawk 108 itu terhempas.

Anggota terbabit, Mejar Mohd. Fareez Omar, 33, kini sedang menerima rawatan di HSJ di sini dan dilaporkan berada dalam keada­an selamat dan stabil.

Razilah berkata, anak kedua­nya itu yang menetap di Labuan, Sabah pergi ke Pulau Pinang untuk mengikuti kursus atau latihan penerbangan di situ.

“Kebiasaannya jika ada pe­periksaan atau ujian, arwah bia­sanya akan hubungi makcik, tapi semalam tidak. Cuma sebelum ini dia ada maklum akan ada periksa paling susah sekali, namun dia tidak cakap periksa apa,” katanya.

Razilah berkata, dia dan suaminya sebak ketika menerima perkhabaran itu namun me­nerima ketentuan ilahi.

“Pada awal pagi tadi (semalam) mak cik terlalu sedih kehilangan anak yang merupakan harapan keluarga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya