Nafuzi enggan ulas isu pengadil - Utusan Malaysia

Nafuzi enggan ulas isu pengadil

PENJAGA gol Terengganu, Suhaimi Husin (tengah) menangkap kemas bola pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam kelmarin.-UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain enggan mengulas mengenai isu pengadil yang didakwa berat sebelah dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), malam kelmarin.

Katanya, tumpuan kini adalah untuk perlawanan seterusnya, sekali gus tidak mahu terlalu memikirkan kekecohan yang timbul antara anak didiknya, Jordan Mintah dan Mohd. Suhaimi Husin dengan pemain JDT, Shane Lowry.

Katanya, insiden yang berlaku dalam kotak penalti pada pada minit ke-71, hanya disedari selepas pemain kedua-dua pasukan berkumpul.

Bagaimanapun, dia mengakui ada bertemu dengan Tuan Mohd. Yassin Tuan Mohd. Hanafiah di samping dua pembantu pengadil itu selepas perlawanan berakhir.

“Kekecohan berlaku pantas hingga saya tidak tahu apa punca sebenar, jadi tidak dapat memberi komen lanjut.

“Namun, ada beberapa keputusan pengadil yang tidak jelas, tetapi perkara itu normal sebagai asam garam dalam bola sepak dan saya tidak terlalu memikirkannya kerana hanya mahu fokus kepada pasukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Mohd. Nafuzi berkata, selaku pasukan elit, JDT sudah biasa beraksi di bawah tekanan berbanding skuad muda Sang Penyu yang masih kurang pengalaman, sekali gus menjadi antara punca mereka tewas.

“Kami bermain baik pada babak pertama dan ada dua atau tiga peluang, namun selepas rehat segalanya berubah apabila jentera tengah gagal berfungsi malah sering kehilangan bola.

“Apabila bertemu JDT, bukan mudah untuk kembali mendapatkan rentak, tetapi keputusan 1-1 masih positif dan peluang kekal terbuka di tempat lawan nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya