PETALING JAYA: Bekas Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh, 72, tahun meninggal dunia pada petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Memetik laporan Awani, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.15 petang dan akan dibawa di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya esok.
Perkara itu dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Mohamad Azrieff Mohd. Tap menerusi perkongsian WhatsApp hari ini.
Bagaimanapun, anaknya, Azrieff memaklumkan, punca kematian arwah ayahnya belum dikenal pasti dan ia bukan kerana Covid-19.
Difahamkan Allahyarham sebelum ini memegang jawatan sebagai Presiden Institut Integriti Malaysia selama tujuh tahun sebelum bersara pada 30 November 2015.
Allahyarham juga sebelum ini juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dan adalah merupakan salah seorang anggota dalam Jawatankuasa
Siasatan, Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan. – UTUSAN ONLINE