Budaya 'ngeteh' harus diubah untuk masuk fasa endemik -

Budaya ‘ngeteh’ harus diubah untuk masuk fasa endemik

Noor Azmi Ghazali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Budaya ‘ngeteh’ atau minum sambil bersembang secara santai dalam tempoh yang lama di warung atau restoran harus dielakkan sebagai satu perubahan gaya hidup dalam menghadapi fasa endemik. 

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, rakyat perlu mengamalkan sikap lebih berhati-hati dan mengamalkan kawalan kendiri sekali pun kerajaan sudah membenarkan aktiviti sosial semasa pandemik dan endemik akan datang. 

Katanya, rakyat juga memerlukan lebih banyak program serta promosi pendidikan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terutama keperluan melakukan ujian kendiri dan kaedah pencegahan Covid-19 sebagai persediaan ke fasa endemik. 

“Tanggungjawab meningkatkan kefahaman dalam kalangan rakyat bukan sahaja tanggungjawab Kementerian Kesihatan semata-mata sebaliknya membabitkan Keluarga Malaysia termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi masyarakat. 

“Selain itu, integriti atau disiplin masyarakat perlu berada pada tahap tertinggi bagi memastikan kes sentiasa terkawal, sekali gus tidak berlaku peningkatan secara mendadak serta membabitkan kawasan besar,” katanya semasa berucap sempena Konvensyen Integriti Nasional 2021 (KIN2021) bertajuk Integriti Keluarga Malaysia Dalam Menghadapi Endemik anjuran Institut Integriti Malaysia Malaysia (IIM), di ibu negara hari ini. 

Selain itu, Ahli Parlimen Bagan Serai daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menyeru orang ramai menggunakan media sosial bagi menyokong usaha kerajaan dalam mengharungi tempoh endemik ini. 

Katanya, jangan hanya pandai mengkritik atau mencemuh sedangkan tidak pernah membantu kerajaan dan masyarakat dalam menghadapi pandemik atau endemik di negara ini. 

“Terlalu banyak paparan yang tidak benar dan meragukan  ditularkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 

“Ini boleh mengelirukan rakyat dan menjejaskan segala usaha dilakukan kerajaan malah ada yang berani mempertikaikan pelbagai inisiatif kerajaan dan tindakan pihak berkuasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya