Melaka Mengundi: Tempoh undi berakhir, debaran keputusan kian terasa - Utusan Malaysia

Melaka Mengundi: Tempoh undi berakhir, debaran keputusan kian terasa

Anggota polis menutup pusat mengundi tepat pukul 5:30 petang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dengan berakhirnya waktu pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 5.30 petang ini, debaran semasa dirasakan apabila semua kertas undi dibawa ke pusat penjumlahan untuk pengiraan.

Keputusan dijangka diketahui paling awal sekitar pukul 8 malam dan berkemungkinan boleh berlarutan hingga tengah malam.

Keputusan penuh bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam pilihan raya itu mungkin diumumkan sekitar pukul 10 malam.

Sehingga pukul 4 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, sebanyak 61 peratus pengundi telah keluar mengundi di 217 pusat yang mula dibuka pada pukul 8 pagi.

PRN Melaka disifatkan oleh pemerhati politik sebagai paling sengit kerana kesemua 28 kerusi menyaksikan pertembungan tiga penjuru dan lebih.

Paling menarik perhatian adalah pertembungan dua parti kerajaan antara Barisan Nasional (BN) dengan Perikatan Nasional (PN). – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya