Melaka mengundi: DAP pertahan 3 kerusi (tidak rasmi) - Utusan Malaysia

Melaka mengundi: DAP pertahan 3 kerusi (tidak rasmi)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mendahului di kerusi tradisinya yang merupakan kubu kuat DAP, iaitu DUN Bandar Hilir, Kota Laksamana dan Ayer Keroh.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, PH memperoleh 5,658 undi di Bandar Hilir berbanding Barisan Nasional (BN) (880 undi ) dan Perikatan Nasional (PN) iaitu 430 undi. Calon Bebas mendapat 115 undi.

Di Kota Laksamana, PH mendahului dengan 10,463 undi manakala BN, mendapat 1,765 undi dan PN mendapat 988 undi.

Di Ayer Keroh, PH turut mendahului dengan 7,385 undi berbanding BN 2,946 undi dan PN 1,30 undi.

Keputusan itu adalah keputusan tidak rasmi setakat pukul 7.50 malam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya