PETALING JAYA: Calon Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali menyumbang kerusi kesembilan untuk Barisan Nasional (BN).
Keputusan tidak rasmi itu menyaksikan beliau mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu.
Calon BN dari MCA, Ngwe Hee Sem pula merampas kerusi dari Pakatan Harapan (PH) di DUN Machap Jaya.
BN turut memenangi kerusi DUN Kuala Linggi menerusi Rosli Abdullah.
DUN Asahan pula dimenangi oleh calon BN, Fairul Nizam Roslan yang menewaskan Datuk Seri Idris Haron.
Calon BN, Hameed Mytheen Kunju Basheer turut memenangi kerusi DUN Ayer Limau.
Setakat ini, BN memenangi kerusi DUN Lendu, Machap Jaya, Asahan, Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Taboh Naning, Rim, Merlimau dan Ayer Limau.
Keputusan diraih setakat 8.20 malam. – UTUSAN ONLINE