MELAKA: Barisan Nasional (BN) dijangka menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekali gus bakal membentuk kerajaan apabila menang 19 kerusi setakat kini berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga 8.30 malam.
Keputusan tidak rasmi itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di Pusat Gerakan parti itu di Ayer Keroh, malam ini.
Sebelum in, BN menang 13 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan tewas buat pertama di tangan Pakatan Harapan (PH).
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN merampas semula kerusi yang sebelum ini dimenangi PH seperti Machap Jaya, Gadek dan Klebang. – UTUSAN ONLINE