PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) kini menghampiri majoriti mudah selepas menguasai 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan kerusi terbaharu dimenangi oleh calon BN di DUN Ayer Molek, Rahmad Mariman yang mempertahankan kerusi yang disandangnya.
Datuk Muhammad Jailani Khamis mempertahankan kerusi di DUN Rembia.
Calon BN dari MIC, V.P. Shanmugam pula merampas kerusi DUN Gadek yang sebelum ini disandang oleh calon Pakatan Harapan (PH), G. Saminathan.
Setakat ini, BN memenangi kerusi DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Rembia, Lendu, Taboh Naning, Machap Jaya, Gadek, Asahan, Ayer Molek, Rim dan Merlimau dan Durian Tunggal.
Parti bertanding memerlukan 15 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri menerusi majoriti mudah.
Keputusan diraih setakat 8.30 malam. – UTUSAN ONLINE